Rabu, September 16, 2009

Perutusan Pengarah Projek eP




Saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT dan tahniah kepada sidang redaksi buletin Blog Unit eP atas keluaran buletin ini untuk julung kalinya. Penerbitan buletin ini dapat menjadi salah satu medium untuk Unit eP memaklumkan aktiviti-aktiviti semasa dan apa yang dirancang oleh Unit eP. Saya berharap dengan wujud buletin ini, selain ia menjadi bahan perkongsian ilmu, ia dapat dijadikan sumber rekod dan rujukan kepada aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit ini. Saya juga berharap penerbitan buletin ini akan dapat diteruskan untuk memberi ruang kepada warga eP mengasah bakat dalam bentuk penulisan dan menjana   percambahan idea-idea yang bernas.

Nama BLOG Unit eP dipilih kerana, selain daripada perancangan awal keluarannya dalam bentuk buletin hardcopy, ia juga akan dimuat naik ke atas talian dalam bentuk laman blog internet. Rancangan serampang dua mata ini secara tidak langsung akan dapat memuat naik laporan aktiviti-aktiviti terbaru Unit ini dengan lebih cepat dan terkini.

Kerjasama dan semangat sebagai satu pasukan merupakan tunjang kejayaan Unit ePerolehan. Penghasilan buletin ini, adalah hasil dari semangat yang dipupuk di kalangan warga Unit eP. Terima kasih ke atas kerjasama dan sokongan atas pelaksanaan Sistem ePerolehan.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menjalani berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri yang bakal menjelang kepada semua umat Islam.
Abd.Shukor bin Ibrahim
Pengarah Unit ePerolehan